Jumaat, 6 Mei 2011

RINTIHAN AHLI NERAKA SEPERTI YANG DINYATAKAN DALAM AL QURAN

TANGISAN DAN KESALAN AHLI NERAKA…


Sebagaimana kita ketahui bahawa alam akhirat adalah suatu tempat kehidupan yang kekal abadi.Merupakan suatu penyesalan bagi orang-orang yang kafir dan derhaka kepada Allah SWT kerana menerima pembalasna yang dasyat di dalam neraka. Mereka tidak diberi peluang untuk menikmati kebaikan yang diberikan oleh ahli-ahli syurga. Ahli-ahli neraka sering memohon kepada Allah atau malaikat untuk mendapatkan layanan yang baik.Mereka sangat mahukan menikmati keistimewaan dan keindahan-keindahan di dalam syurga, bahkan menuntut suatu nikamat yang diperolehi oleh ahli-ahli syurga.

Namun begitu ahli-ahli neraka tidak layak untuk menikmati kebaikan-kebaikan di akhirat .Bahkan mereka tiada diperduli dan menerima seksaan-seksaan yang hebat. Di dalam Al-Quranul Karim banyak menerangkan tentang doa atau permintaan ahli-ahli neraka. Antaranya ialah :


1. Meminta Keluar Dari Neraka

QS Al Mukmin : 11

"Ya Tuhan kami Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali (pula), lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah sesuatu jalan (bagi kami) untuk keluar (dari neraka)?"


2. Meminta Dikembalikan Ke Dunia Untuk Beriman Dan Beramal

QS As Sajadah : 12

"Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."

QS Ibrahim : 44

"Ya Tuhan kami, beri tangguhlah kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul." (Kepada mereka dikatakan): "Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia) bahwa sekali-kali kamu tidak akan binasa?

3. Mengharap Simpati Dari Penghuni Syurga


“Ahli-ahli neraka sentiasa meminta pertolongan dan simpati daripada ahli-ahli syurga, sebagaimana disebutkan di dalam al-quran :”

QS Al A’raf : 50
“Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: " Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah direzekikan Allah kepadamu…."


Semua doa dan permohonan penghuni neraka tidak pernah diterima oleh Tuhan. Allah SWT hanya berfirman :

QS Ath Thuur : 16

“Masukklah kamu ke dalamnya (rasakanlah panas apinya); maka baik kamu bersabar atau tidak, sama saja bagimu; kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan.”
tenkiu kt kekawan yg sudi membce entry kt cni..like klo ske bce

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Tinggalkan Komen Disini

Copyrigt@Segala Yang Tercatat diatas adalah untuk Renungan Bersama