“Setiap cara hidup ada perwatakannya dan malu itu adalah perwatakan Islam” (HR Abu Daud)
Sabda Rasulullah SAW:
“Malu itu tidak akan menyebabkan perkara lain kecuali untuk kebaikan” (HR Bukhari)
Malu itu lambang keimanan dan malu itu membawa ke syurga. Rasullullah SAW bersabda: “Malu itu datangnya dari iman dan iman itu membawa ke syurga. Dan sebaliknya adalah membawa ke neraka” (HR Bukhari)
Rasullullah SAW bersabda: “Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan ALLAH untuk kedua-duanya” (HR Bukhari)
11 TANDA-TANDA MALU
1-Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat.
2-Himmahnya (kemahuan) kuat terhadap ibadat dan membaca Al-Quran.
3-Kurang berkata terhadap apa yang tidak perlu.
4-Memelihara solat fardu.
5-Menjaga diri daripada perkara yang haram dan syubhat.
6-Bersahabat dengan orang yang soleh dan baik.
7-Merendah diri dan tidak sombong.
8-Dermawan yang ikhlas.
9-Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk ALLAH.
10-Bermanfaat kepada orang lain.
11-Mengingati mati dan bersiap sedia menghadapinya.
PAKAIAN MALU:
Tanda-tanda orang yang memakai pakaian malu adalah seperti berikut:
1-Hatinya bersih dari sifat iri hati, dengki dan dendam.
2-Lidahnya jujur, terpelihara daripada mencela, mengumpat dan seumpamanya.
3-Matanya jauh dari memandang perkara yang dilarang oleh syariat.
4-Perutnya tidak diisi dengan makanan yang haram atau dari sumber yang haram.
5-Tangannya terpelihara dari menjamah apa-apa yang bukan haknya.
6-Kakinya tidak memijak tempat larangan.
7-Amalanya jauh dari mencari sanjungan dan pujian masyarakat.
Segala sesuatu yang dilakukan kerana patuh dan baktinya kepada ALLAH semata-mata. Cuba kita renung diri kita. Adakah tanda malu dalam diri kita? Dan adakah pakaian malu itu menjadi pakaian kita?
sumber: link
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Tinggalkan Komen Disini