Selepas kita mengikuti perbincangan dari ulamak dan ulamak mujtahid mengenai membuat dan menjamu makanan selepas kematian, atau dengan lain perkataan membuat kenduri jamuan makan selepas kematina, maka dapat difahamkan dari ulasan dan penerangan itu bahawa amatlah berbeza sekali apa yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat islam kita pada hari ini, keran amalan mereka membuat kenduri jamuan makan selepas kematian adalah bercanggah dengan sunnah Nabi sallallahu alaihi wasallam dan sunah sahabat-sahabat dan bertentangan dengan fatwa-fatwa ulamak. Oleh kerana perkara ini sangat tebal diamalkan dalam masyarakat islam melayu kita, maka penyusun merasa mustahak membentangkan pula kepada pembaca pendapat fuqaha' dari 4 Imam Mazhab sebagai berikut:
1) Mazhab Maliki:
Disunatkan kepada jiran dan seumpamanya menyediakan makanan kepada keluarga si mati kerana kesibukan mereka menghadapi kematian.
2) Mazhab Hanafi:
Disunatkan kepda jiran keluarga si mati dan kaum kerabatnya yang jauh menyediakan makanan untuk ahli si mati, yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam :
"Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja'afar, kerana sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan mereka".
Oleh kerana memberi makan itu suatu perkara kebaikan dan ma'ruf, maka dipelawa sungguh-sungguh kepada mereka supaya makan, kerana kesedihan telah menghalang mereka daripada memakan makanan dan menyebabkan mereka menjadi lemah.
3) Mazhab Hanbali:
Disunatkan membuat makanan untuk ahli si mati dan dihantar makanan itu kepada mereka bagi memberi pertolongan dan melembutkan hati mereka. Boleh jadi mereka sibuk dengan ujian yang diterima, juga sibuk denga kunjungan orang ramai yang
datang menemui mereka, menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan amakan untuk diri mereka sendiri.
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin Ja'afar, beliau berkata: "Apabila tiba berita kematian Ja'afar (bin Abi Talib), Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabada:
"Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja'afar sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan mereka".
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abu Bakar, beliau berkata: "Sentiasa sunnah nabi itu menjadi ikutan kami (sahabat nabi) sehingga ditinggalkan oleh manusia yang meninggalkannnya (yakni sehingga sunnah itu ditinggalkan dan tidak diamalkan oleh kebanyakan orang)".
4) Mazhab Syafie:
Sebagaimana disebut dalam Kitab al-Muhazzab oleh Imam al-Syirazi (Abu Ishak Ibrahim Al-Syirazi, wafat pada 476 Hijrah bersamaan 1083 biladiyah, beliau termasuk antara ulamak yang agung dan mujtahid dalam mazhab syafie)
(Isteri/suami dan anak-anaknya) kerana diriwayatkan apabila Ja'afar bin Abu Talib terbunuh, nabi bersabda:
Hendaklah Kamu membuat makanan kepada Ahli Ja'afar sesungguh
nya telah datang kepada merka perkara yang mengharukan mereka
Imam Nawawi menyebut dalam kitab al-Majmuk, syarah kepada Kitab al-Muhazzab, katanya: "Imam Syafie berkata di dalam kitab al-Mukhtasar "Aku suka kepada kaum kerabat si mati dan jirannya membuat makanan untuk ahli si mati, yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana sesungguhnya perbuatan itu ialah sunnah dan diamalkan oleh golongan yang baik-baik."
Telah berkata ashab kita (ulamak fiqh syafie):
"Dipelawakan sungguh-sungguh kepada mereka (ahli si mati) supaya mereka makan, dan walaupun mayat itu berada di negeri lain sekalipun, adalah disunatkan juga kepada jiran tetangga keluarga si mati membuat makanan untuk mereka.
Setelah kita mengikuti pendapat ulamak di dalam 4 mazhab mengenai membuat dan menyediakan makanan atau jamuan selepas kematian, maka kita dapati semua mazhab telah bersepakat kata bahawa hukumnya adalah sunat bagi jiran tetangga dan kaum kerabat yang jauh membuat makanan kepada mereka. Bukan mereka membuat makanan dan menjamu jiran dan orang ramai apabila berlaku sesuatu kematian seperti yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat kita pada hari ini.
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Tinggalkan Komen Disini