Allah SWT
menyeru, “Wahai Muhammad!.. Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan
mereka di atas sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun
perjalanan!”
Malaikat
Malik AS berdiri di pintunya (neraka) pula menyeru “Wahai Muhammad!..
Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada pelepasan dari allah
s.w.t maka dia akan terselamat! Sekiranya sebaliknya, dia akan terjatuh
ke dalam neraka! Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan
agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!.”
Nabi
Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik “Wahai Malik! Dengan
kebenaran Allah SWT keatasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga
mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila
melihatmu!”
Malaikat
Malik AS memalingkan mukanya dari kita, umat Nabi Muhammad SAW. Kita
telah dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan ini. Nabi Muhammad SAW
mendahului mereka lalu bersabda kepada kita;
“Ikutlah aku wahai umatku di atas sirat ini! ”
1. Kumpulan pertama berjaya melepasi seperti kilat yang memancar.
2. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.
3. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.
4. Kumpulan keempat seperti burung yang pantas.
5. Kumpulan kelima berlari
6. Kumpulan keenam berjalan.
7. Kumpulan
ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa
terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad SAW berhenti di atas
sirat. Setiap kali baginda melihat seorang dari kita bergayut di atas
sirat, baginda akan menarik tangannya dan membangunkan kita kembali.
8. Sesiapa
yang berada di kumpulan kelapan akan menarik-narik muka sendiri dengan
rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa-dosa. Bagi yang buruk,
kita akan menyeru “wahai Muhammad!” Nabi muhammad SAW berkata “Tuhan!
Selamatkan mereka! Selamatkan mereka!”
9. Sesiapa yang berada di dalam kumpulan ini, kita akan tertinggal di sirat kerana tidak diizinkan untuk menyeberang.
Selepas aku baca semua ini, terus aku menangis dan terfikir:
Ya
Rasulullah, begitu banyak pengorbananmu kepada umatmu! Sehinggakan kau
menolong kami di akhirat, kau memberikan kami syafaat, tapi kami, selalu
melupakanmu, selalu lupa berselawat keatasmu, sedangkan kami tahu
bahawa hanya kau sahaja yang dapat memberikan kami syafaat dan hanya kau
sahaja yang dapat menolong kami di akhirat kelak!
Diriwayatkan
bahawa di pintu syurga,ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan
dahannya tidak terkira melainkan Allah SWT sahaja yang tahu. Di atasnya
ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua
bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh.
Apabila
mereka melihat ibu bapa mereka, mereka mengiringi dan menyambut mereka
memasuki syurga. Mereka memberikan gelas dan cerek serta tuala dari
sutera. Mereka memberi ibu bapa mereka minum kerana kehausan kiamat.
Mereka memasuki syurga bersama-sama.
Hanya tinggal kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring.
Kanak-kanak itu berkata “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat ibu dan bapaku!”
Kanak-kanak
yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata
“Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia!”
Malaikat
berkata kepada mereka “Bapa-bapa dan ibu-ibumu terlalu berat dosa
mereka. Mereka tidak diterima disyurga akibat dosa mereka”
Mereka terus
menangis malah lebih kuat dari sebelumnya dan berkata “Kami akan duduk
di pintu syurga moga-moga Allah SWT mengampuni dan menyatukan kami
dengan mereka”
Demikianlah
orang -orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat
pembalasan yang pertama iaitu sirat. Ia dipanggil “tempat teropong”.
Kaki mereka akan tergantung di sirat.
Nabi
Muhammad SAW melintasi sirat bersama-sama orang-orang yang soleh di
kalangan yang terdahulu dan orang-yang taat selepasnya. Di hadapannya
ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera kepujian berada di atas
kepalanya.
Apabila
bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan
tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda “apa yang berlaku pada
kanak-kanak ini?”
Malaikat menjawab,”Mereka menangis kerana berpisah dengan ibu bapa mereka”
Rasulullah SAW bersabda “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberikan syafaat kepada mereka. InsyaAllah”
Rasulullah
SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum
akan kekal di dalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah
supaya kita masuk di dalam keutamaan ini dan menjadi sebahagian dari
mereka. InsyaAllah.. Wa Allahu 'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Tinggalkan Komen Disini