Sabtu, 30 Oktober 2010

Dosa KeCiL BoLeH MenJaDi DoSa BeSar pabila....



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Berkata Imam Ghazali رضي الله عه didalam Ihya Ulumuddin ;

Dosa kecil boleh menjadi dosa besar dengan beberapa sebab diantaranya :


Pertama : Melakukan dosa tersebut terus menerus.

Sebab itu dikatakan bukanlah namanya dosa kecil jika lakukannya dengan terus menerus dan bukanlah dikira dosa besar lagi sesudah dipohon keampunan.


Kedua : Memandang ringan terhadap dosa tersebut.

Sebab setiap dosa yang dipandang besar dan berat oleh seorang hamba menjadi kecil di sisi Allah Ta’ala. Menganggap suatu dosa itu sebagai satu perkara yang besar timbulnya dari hati yang kurang senang dan benci terhadap dosa itu. Perasaan semacam ini akan menahan orang itu dari melakukan dosa yang sama pada kali keduanya, sebab dirasakan terlalu berat untuk ditanggung.

Orang yang memandang enteng terhadap suatu dosa yang dialkukakannya itu, justru telah biasa dengan dosa itu , sehingga kesan dosa tersebut telah melekat dihatinya.

Ada yang meriwayatkan orang Mu’min memandang dosanya seperti gunung di atas kepalanya yang pada bila2 masa saja akan menimpanya. Sedangkan orang munafiq pula memandang dosanya seperti seekor lalat yang menghinggap di batang hidungnya, lalu diusirnya.



Ketiga : Gembira dan senang ketika melakukan dosa tersebut.

Setiap kali ia merasakan sedap dan lazat ketika melakukan dosa kecil, maka akan menjadi besarlah dosanya dan berat pula akibatnya, sehingga meninggalkan kesan yang hitam dalam hati pelakunya.



Ke Empat : Memandang remeh apabila Allah Ta’ala menutupi dosanya.

Ia menganggap penyantunan Allah dan penagguhanNya itu sesia belaka, padahal yang sebenarnya penangguhan itu tidak lain, melainkan kerana Allah sangat Murka terhadapnya, lantaran itu dia membiarkannya bertambah dosa.

Manakala orang yang melakukan dosa itu mengira bahawa Allah Ta’ala telah membiarkannnya kerana InayahNya, sebab didapati dirinya terlepas dari balasan Allah, padahal dia terus menerus meklakukan ma’siat. Orang ini adalah terkeliru kerana bodoh disebabkan sifat ghurur yang telah menguasainya.



Ke Lima : Bermegah (dengan menyebut2) melakukan dosa!


Dia bermegah diri kerana melakukan sesuatu ma’siat, iaitu dengan menyebut-nyebutnya kepada orang lain, atau dia membuatnya terang-terangan dihadapan orang ramai tanpa segan silu lagi.

Inilah suatu jenayah yang berat atas diri sendiri sebab dosa yang telah di ututp oleh Allah ta’ala, lalu dibukakannya suapaya orang dapat menyaksikannya, sehingga yang demikian itu akan menarik minat orang lain yang mendengar, atau melihatnya untuk melakukan pula kejahatan yang sama.

Andaikata orang yang mendengar turut melakukan dosa yang sama dan yang melihat pun ikut membuat kejahatan itu pula, maka akan bertambah la dua jenayah lagi terhadap jenayah yang pertama tadi.

Kini dosanya telah menjadi tiga, yang mana keadaannya menjadi lebih buruk lagi.

Andaikata tujuan menunjuk2 ma’siat yang dilakukannya itu ialah untuk menggalakkan orang lain supaya melakukan yang sama, maka menjadilah ia jenayah yang keempat.

Dengan itu dosa yang memang telah buruk itu akan menjadi lebih buruk lagi.



Ke Enam : Orang Alim (pemimpin agama) melakukan dosa terang2an


Jika orang yang membuat dosa itu seorang alim yang mempunyai pengikut yang ramai dan perbuatannya itu akan diikuti pula oleh orang lain. Dengan sebab itu, maka dosa kecil yang ia lakukan itu menjadi besar pula[/b][/u].


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم

“Sesiapa yang menganjurkan suatu perbuatan yang buruk (jahat), maka ia akan menaggung dosanya dan dosa orang2 yang mengikutinya, tiada terkurang walau sedikitpun dari dosa2 mereka itu.”


Sebagaimana dosa si alim itu akan berganda2, jika orang lain mengikut jejak langkah dosa itu, Begitu juga pahalanya akan berganda2 pula, jika orang lain mengikut amalan baik yang dianjurkan olehnya.



Ya Allah Ya Tuhan Kami ! Peliharalah kami dari terjerumus kedalam penderhakaan kepada Engkau! Ampunilah sekalian dosa kami ; besar maupun kecil, zahir maupun batin! Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Melindungi hamba2Mu!


Wallahu A’lam
tenkiu kt kekawan yg sudi membce entry kt cni..like klo ske bce

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Tinggalkan Komen Disini

Copyrigt@Segala Yang Tercatat diatas adalah untuk Renungan Bersama