Sabtu, 30 Oktober 2010

NoTa UnTuK Diri.....Tubuh pom xsimpati pada diri sendiri

Pada satu hari, ada seorang pendakwah yang rasa sangat letih dan ingin sekali mengurangkan beberapa kerja-kerja dakwah yang telah diamanahkan kepadanya kerana bosan dan letih dengan sikap dan karenah sesetengah pendakwah disekelilingnya.

Namun, Tuhan telah menemukan "Nota kepada Diri" untuk beliau memikirkan bahawa pada hari perhitungan nanti, "Tubuh pun tidak akan bersimpati pada diri sendiri". Dan dia pun terfikir, "Adakah segala alasan yang aku berikan ini nanti cukup untuk aku menyelamatkan diri dihadapan Tuhan nanti. Sedangkan tubuhku sendiri pun tidak akan mampu memihak kepada aku lagi. Sudah pasti segala yang aku lakukan. Juga setiap alasan yang aku ucapkan, akan didedahkan kepada Tuhanku oleh setiap anggota tubuhku nanti. Aku pasti tidak boleh melakukan sebarang penafian lagi kerana mulut ku akan dikunci"

Firman Allah swt dalam surah Yaasin ayat 65 yang bermaksud, "Pada hari itu (Hari Kiamat), Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan kaki mereka memberi kesaksian terhadap apa yang dilakukan oleh mereka dahulu"

Betapa beruntungnya tubuh yang digunakan sepenuhnya untuk menegakkan syariat Allah di atas muka bumi ini, tubuh yang digunakan sepenuhnya untuk mendapat mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah semata-mata. Apalah nasib tubuh yang sering dimanja-manjakan.

Dan pendakwah itupun bertanya pada dirinya, "Adakah alasan ku ini sudah cukup kukuh untuk aku jadikan sebagai alasan apabila berada dihadapan Tuhanku kelak. Adakah aku telah cukup berusaha.... "

Lalu Nota Kepada Diri pun dibaca lagi dan lagi..."sesungguhny a tubuh pun tidak simpati pada diri pada hari perhitungan nanti. Tubuhku hanya akan berkata yang benar sebenar-benarnya dihadapan Tuhanku..... "
tenkiu kt kekawan yg sudi membce entry kt cni..like klo ske bce

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Tinggalkan Komen Disini

Copyrigt@Segala Yang Tercatat diatas adalah untuk Renungan Bersama