Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang
cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang ,
sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000
sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?.” Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.
Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu
aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas
perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?” Lalu Allah berfirman yang
bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat
tinggal…
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000
tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia
merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata
dalam sujud: “Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan
setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ”
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.
“Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha melaakukannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4 Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.
Semoga bermanfaat untuk dikongsikan, sama-samalah kita menyebarkan dakwah islam walaupun sepatah kata-kata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Tinggalkan Komen Disini