"Cerdasnya
orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang
sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup,
tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati
itulah untuk hidup.
Kita
jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi
rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati
bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita
sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga TUJUH sunnah Nabi setiap hari ... :
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua:
membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata
melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan
penuh pemahaman.
Ketiga:
jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah
kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat
keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima:
jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah,
dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap
hari.
Keenam:
jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa
ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga
oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir
adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka
kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu
ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam
lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan
dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat
manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan
hedonisme.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Tinggalkan Komen Disini