Isnin, 22 November 2010

AIR MATA ADAM,AIR MATA KEINSAFAN.

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam
terkeluar dari syurga akibat tipu
daya iblis, Beliau menangis selama 300
tahun. Nabi Adam tidak
mengangkat kepalanya ke langit kerana
terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama
seratus tahun. Kemudian menangis
lagi sehingga air matanya mengalir di
jurang Serantip. Dari air mata
Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon
kayu manis dan pokok cengkih.
Beberapa ekor burung telah meminum air
mata beliau. Burung itu
berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung
tersebut. Beliau menyangka
burung itu sengaja mengejeknya kerana
perbuatan derhakanya kepada
Allah. Ini membuatkan Nabi Adam
semakin hebat menangis. Akhirnya Allah
telah menyampaikan wahyu yang
bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku
belum pernah menciptakan air minum
yang lebih lazat dan hebat dari air
mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam
manusia bernafas sebanyak 4320
kali. Dalam Setiap kali bernafas Allah
akan tanya dua perkara semasa
nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu
ialah, "Apa perbuatan yang
kita lakukan semasa nafas itu keluar
dan masuk?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang
berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-
bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya
bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya
matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ?
Lalu dijawab :"Cahaya yang
pertama ialah cahaya wajah-wajah
manusia yang ketika di dunia, mereka
akan meninggalkan pekerjaan dan terus
bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka
yang mengambil air sembahyang
Sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka
seperti matahari. Mereka di
dunia sudah bersiap sedia di dalam
masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor
binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak
kala jengking. Besarnya Huraisy
ini dari timur hingga ke barat.
Panjangnya pula seperti jarak langit
dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai
Huraisy! Engkau hendak ke mana dan
siapa yang kau cari?
"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu
mencari limaorang. Pertama, orang
yang meninggalkan sembahyang. Kedua,
orang yang tidak mahu keluarkan
zakat. Ketiga, orang yang derhaka
kepada ibubapanya. Keempat, orang
yang bercakap tentang dunia di dalam
masjid. Kelima, orang yang suka
minum arak."
tenkiu kt kekawan yg sudi membce entry kt cni..like klo ske bce

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Tinggalkan Komen Disini

Copyrigt@Segala Yang Tercatat diatas adalah untuk Renungan Bersama