Bagi seorang yang menyekutukan Allah dan kafir kepadaNya sebenarnya tidak berhak hidup. Allah SWT berfirman, ertinya:
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-KU maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta"(surah Taha:124)
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya(membuka Hatinya) untuk menerima islam" (Surah Al-An'am: 125)
"Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya(hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)?" (Surah Az-Zumar:22)
Allah mengancam musuh-musuhNya dengan kesempitan hati, rasa takut, rasa khuatir, kebimbangan dan kegoncangan jiwa.
"Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda(yang mereka sembah) yang Allah tidak menurukan sebarang keterangan yang membenarkannya"( Surah Ali Imran:151)
"Maka kecelekaa besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingati Allah"(Surah Az-Zumar:22)
Terdapat lagi ayat yang menunjukan Allah menjadikan hati sesorang itu tidak berlapang dada.
"Dan sesiapa Allah kehendaki kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit"(Surah Al-An'am:125)
Tauhid merupakan ilmu yang mendatangkan manfaat, para ulama adalah orang yang paling lapang dadanya, orang yang paling bahagia,dan orang yang paling senang. Merekalah pemegang warisan yang ditinggalkan Baginda Rasul
"Dan Dia telah mengajar kan apa yang belum kamu ketahui"(Surah An-Nisa:114)
"Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan yang haq melainkan Allah"(Surah Muhammad:114)
Amal soleh jugak termasuk hal-hal yang membuat dada menjadi lapang. Amal soleh itu adalah cahaya di dalam hati, sinar di wajah, kelapangan dalam rezeki , dan pernyataan cinta di hati orang-orang di sekelilingnya.
"Dan bahawa sesungguhnya! kalaulah mereka (manusia dan jin ) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberika mereka sebab-sebab kemewahan) terutama menurunkan hujan lebat kepada mereka"(Surah Al-Jin:16)
Selanjutnya adalah keberanian. Seorang pemberani adalah orang yang kaya hati, teguh pendirian, dan kuat tubuhnya sebab dia hanya mengharapkan kepada Zat Yang Maha Mengasihani. Dia tidak akan terusik oleh pelbagai-bagai peristiwa, tidak goyah oleh desas-desus, dan tidak goncang oleh suara-suara yang mencemaskan.
Berlapang dada memang adakalanya payah terutamanya apabila melibatkan orang yang rapat dengan kita. Apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada keluarga mahupun sahabat terdekat kita, kita seringkali menjadi orang yang pertama meletakkan syak wasangka kepada mereka. Ayuh kita berlapang dada...agar kita mampu untuk bergerak dengan lebih teratur. Bukankah kita disuruh untuk saling bermaafan dan saling bersangka baik sesama kita? Mengapa perlu kita ada perasaan yang bakal mengganggu fikiran dan hati kita, dan itu juga mungkin bakal menjadi hijab atau penghalang kepada mereka.
Ayuh kita berlapang dada, Sesungguh pun payah, jika kita cuba dan sentiasa mencuba untuk melatih diri kita untuk berlapang dada dan berterus terang andai ada salah faham, tentu sifat itu akan tertanam di dalam diri bukan? Seringkali dikatakan bahawa perbuatan yang diulang sebanyak 21 kali itu akan menjadi sifat kekal di dalam diri kita. (dengan izin-Nya tentunya).
Mari lah sahabat kita berlapang dada. Kerana dengannya kita mampu mendidik hati kita dengan kesabaran, bukan dengan kata-kata kutukan dan celaan terhadap orang mahupun perkara yang tidak kita senangi.
"Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. " (Al-Baqarah : 237)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Tinggalkan Komen Disini