Rasulullah SAW ada menyebut, "Dalam diri manusia ada seketul daging, kalau baik daging itu baiklah seluruh kehidupan manusia, kalau jahat maka jahatlah kehidupan manusia itu, ketahuilah kamu itulah hati". (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hati merupakan tempat pandangan Allah. Hati diibaratkan sebagai pakaian yang kita gunakan. Kita akan selalu membersihkan pakaian yang kita gunakan lantaran akan dilihat oleh orang lain. Bagaimana pun juga, orang akan menilai kita dari pakaian yang kita gunakan.
Begitu pun dengan hati. Allah akan melihat siapa kita melalui hati. Untuk itu, senantiasalah menjaga hati agar selalu bersih seperti kita menjaga pakaian kita agar selalu indah dipandang orang lain.
Hati orang yang bersih, tercermin dari bersihnya jasad. Bagaimana pun juga, di dalam tubuh setiap manusia, terdapat segumpalan daging yang bernama hati. Bersih atau kotornya hati, menentukan sifat manusia yang memilikinya.
Benar,banyak berkata-kata yang sia-sia itu mematikan hati.Maka lebih baik diam dari mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati orang lain,gelak ketawa yang berlebihan atau kata-kata yang sia-sia tanpa tujuan dan makna.
"Rasulullah SAW telah bersabda, barang siapa percaya dengan Allah dan dengan hari Akhirat, hendaklah dia bercakap baik atau diam."
Kata Rasulullah SAW kalau boleh cakap baik, cakap kerana Allah. Kalau tak boleh, kita diam, tapi diam kerana Allah.
Macam mana cakap yang baik itu?
1. Kita memperkatakan ilmu. Ini cakap baik. Kita kuliahkan ilmu, kita membincangkan ilmu.
2. Berdakwah mengenalkan Tuhan, mengenalkan syariat Tuhan, mengenalkan akhlak yang disukai Tuhan.
3. Kita bermesyuarat, berbincang, misalnya bagaimana Tuhan sampai dibesarkan orang. Macam mana nak suburkan syariat, macam mana supaya manusia berakhlak seperti yang Tuhan mahu.
4. Menasihatkan orang dengan bermacam-macam bentuk nasihat, supaya orang ikut Tuhan, berakhlak ikut Tuhan, hidup yang betul, berekonomi yang betul.
5. Bercakap dengan tujuan hendak mendamaikan 2 orang atau 2 puak yang sedang begaduh, yang sedang berkrisis, yang sedang berbalah. Begitu juga kalau kita terpaksa berbahas, berbincang, hendaklah dengan kata-kata yang baik, jangan maki hamun, jangan kasar
Kalau kita tak boleh cakap baik, nak mengajar tak pandai, nak berdakwah tak pandai, nak mesyuarat orang tak panggil, nak nasihatkan orang tak berani, kita orang biasa, lebih baik diam.
Macam mana diam kerana Tuhan, diam yang bernilai Akhirat?
Diam itu biarlah berisi,diam ubi, jangan diam tin kosong. Ubi diam saja tapi berisi. Mungkin diam lebih banyak dari pada bercakap, kalau ada ilmu kalau faham.
1. Diam ingat dosa. Dalam diam kita kenang dosa-dosa sejak baligh sampai sekarang, kita hitung dosa-dosa kita.
2. Diam berfikir, apa lagi kebaikan-kebaikan yang aku nak buat.
3. Diam berzikir,bukan membaca zikir tapi ingat Tuhan, takut Tuhan, rasa bertuhan, rasa hina dengan Tuhan, rasa keagungan Tuhan, ingat kebesaran Tuhan, rasa kehebatan Tuhan, cintakan Tuhan.
4. Termasuk diam memikirkan ilmu. Bila dia berfikir keluar ilmu.
5. Termasuk diam menulis perkara yang disukai Tuhan dan bernilai Akhirat. Diam yang ada hubungan dengan Allah dan ada hubungan dengan Akhirat.
Kita yang sedar ni agak takut dengan Tuhan, banyak diam terutama waktu nak tidur, tapi masuk kawasan harus, rugilah. Kalau 3 jam kita gelisah tak dapat tidur, ia tak dosa. Berfikir tidak, bertindak tidak, tapi kena hisab. Tak masuk Neraka tapi hisab satu hari di sana macam 1,000 tahun di sini. Kalau kena tahan satu minggu? Sudah kena azab.
Rasulullah SAW pesan kalau kita pandai cakap, cakaplah, bagi ilmu, mengajar, ada nilai Akhirat. Kalau kita cakap tak pandai, lebih baik diam untuk berfikir atau berzikir. Orang yang tak takut Tuhan, tak kenal Tuhan, kemudian dia nak buat secara zahir tak boleh, sebab dia orang biasa, duit tak ada, kemampuan tak ada, bila dia nak tidur, macam-macam datang. Sebenarnya walau nampak baik, dia bukan baik. Dia sedang menempah Neraka. Dia buat nilai Neraka. Janganlah diam kita itu menipu diri kita. Kita sangka kita tak jahat tapi kita fikir benda jahat. Jahatlah kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Tinggalkan Komen Disini