Hadis :
Rasulullah s.a.w
bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu
wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang
selesa.!"
Riwayat Ibnu Hibban
Huraian :
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:
a) Wanita yang solehah - iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
b)
Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan
keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik
dan tenang.
c) Jiran yang baik
kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan
keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup
bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar
seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil
berat di antara satu sama lain.
d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.
ii)
Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya
dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja.
Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran
beberapa umat yang terdahulu.
iii)
Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain,
mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari
ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran
kemewahan turut berbeza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Tinggalkan Komen Disini