Apabila roh keluar dari jasad, ia akan
berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan
mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah
untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini
aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”.
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil
merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu
dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang
dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.
Apabila dimandikan, roh sekali lagi
merayu : “Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau
menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh” .
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun
memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat
serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,
anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat
melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia
berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku
menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah
menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada
hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali
kepada mereka buat selama-lamanya”.
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung,
sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan
mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak
saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak
tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai
saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana
ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia
melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah
kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung
kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa
senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah
mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu
keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak
seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi
itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama.
Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka
mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur
adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku
mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi
Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya
dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.
Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi
Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi
Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini
jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada
matahari.
Baginda Rasullullah saw bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu
maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil
dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak
kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan
malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut
dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang
lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong
dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah saw lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang
beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di
sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya
di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan
lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap
Jibrail as “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as
akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat
melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi
melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah
swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah
malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin
itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu
dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui
jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada
Allah swt ” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun
kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah
orang mukmin itu.
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah
ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah
Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari
arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka
berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin
dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini
mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak
ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan
berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga
berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat maut
mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula
dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka
telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali
malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja
hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari
arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan
kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu
ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. ”
Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri
roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma
Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari
arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:
“Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga
kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada
hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini
kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu
amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah
mati.
Renungkanlah…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Tinggalkan Komen Disini