SECARA harfiah, “imam” bererti “pemimpin”. Pada mulanya, pengertian imam lazimnya dikaitkan dengan ibadat solat.
Berbeza halnya daripada khalifah yang mempunyai dimensi politik, imam pula mempunyai dimensi keagamaan.
Namun pada hakikatnya, di samping sebagai pemimpin Islam dalam
pemerintahan, seseorang khalifah juga merupakan pemimpin agama, terutama
pemimpin solat di masjid.
Oleh itu, khalifah juga ialah imam. Namun demikian, pengertian imam
pada zaman Khulafa al-Rasyidin tetap bersandarkan keagamaan. Imam baru
yang mengandungi makna politik wujud selepas zaman kepimpinan Khulafa
al-Rasyidin berakhir, terutama setelah muncul golongan Khawarij.
Golongan itu terus-menerus melakukan bantahan terhadap pemerintah
Islam yang berkuasa. Mereka menganggap pemerintah pada saat itu tidak
berpegang teguh pada ajaran Islam.
Dari segi agama, pengertian imam dapat dilihat dalam solat berjemaah.
Dalam solat itu, lazimnya ada seorang yang menjadi pemimpin dan berada
di hadapan. Dialah yang disebut imam dan pengikut di belakangnya disebut
makmum.
Gelaran kehormat
Dalam sejarah pemikiran Islam, istilah imam juga digunakan sebagai
gelaran kehormat. Seseorang yang mempunyai kebolehan menguasai ilmu
tertentu dinamakan imam, termasuklah Imam Bukhari, Imam Juwaini, Imam
al- Tabari, dan Imam al- Ghazali.
Dalam al-Quran, imam mempunyai banyak pengertian. Dalam surah
al-Isra’ ayat 71, imam bererticatatan amal yang telah dihitung. Di
samping itu, imam juga boleh membawa maksud “jalan”.
Hal itu diungkapkan dalam surah al-Hijrah ayat 79.
Imam juga boleh bererti “Luh Mahfuz”, seperti terkandung dalam firman
Allah SWT yang bermaksud: Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami
catatkan satu persatu dalam Kitab yang jelas nyata. (Q.36: 12)
Imam juga boleh bererti “pedoman”. Hal itu termaktub dalam firman
Allah SWT yang bermaksud: Telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang
menjadi petunjuk dan rahmat (kepada umatnya). (Q.46: 12)
Pandangan golongan Sunnah
Golongan Sunnah menganggap bahawa masalah imamah (kepimpinan)
merupakan masalah keduniaan. Proses menangani dan membentuk imamah
terletak kepada umat. Pemilihan seseorang imam dilakukan oleh kumpulan
Ahl-al-Imamah (mereka yang memenuhi syarat dan berhak menjadi imam).
Pandangan Syiah
Konsep imamah bagi golongan Syiah merupakan perkara penting dan
merupakan sebahagian daripada rukun iman. Oleh itu, imamah merupakan
sebahagian daripada rukun iman. Oleh itu, imamah merupakan tiang agama
dan dasar ajaran Islam yang ditentukan oleh Allah SWT melalui nas.
Kepemimpinannya tidak ditetapkan berdasarkan pendapat umat. Jawatan
ketua pemerintahan merupakan hak Ali bin Abu Talib dan keturunannya.
Ajaran agama memberikan hak tersebut kepada Ali dan keturunannya melalui
wasi, pelimpahan kekuasaan dengan penuh kepercayaan.
Golongan Syiah percaya bahawa yang berhak menjadi khalifah selepas
Nabi Muhammad dan Ali Abu Talib ialah Hassan bin Ali bin Abu Talib (cucu
kepada Rasulullah).
Pemimpin sesat
Dalam al-Quran, istilah “imam” tidak selama-lamanya merujuk kepada pemimpin yang soleh tetapi juga pemimpin yang sesat.
Oleh sebab itu, istilah imam bersifat neutral. Ertinya, istilah itu
boleh juga merujuk kepada pemimpin yang baik, seperti dalam firman Allah
SWT dalam surah al-Anbiya ayat 73.
Namun, dari sudut lain, istilah itu merujuk kepada pemimpin yang
sesat, seperti dalam firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 41